Sabtu, 10 Disember 2011

STORYBOARD

Set induksi oleh Siti Raniza



Guru menayangkan binatang-binatang di zoo


Langkah 1 oleh Hamiza bt Daud



Guru menayangkan gambar dan murid menamakan binatang tersebut. Contoh Monyet


Murid mengeja dan menyebut perkataan mengikut sukukata


Langkah 2 oleh Rashidah Ramli @ Md Nor
Murid melengkapkan suku kata bagi nama binatang


Langkah 3 oleh Mazita Bt Ahmad



Murid-murid menyebut frasa nama.



Murid mencantum gambar dengan perkataan


Langkah 4 oleh Normariati bt Mohd Noor


Murid mencantumkan gambar.


Penutup


Murid-murid menyanyi beramai-ramai sebagai penutup pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut







VIDEO PENGAJARAN

Sabtu, 11 Jun 2011

AKTIVITI 5 ( PENUTUP- 5 MINIT )

1.      Guru bersoal jawab dengan murid secara rawak tentang apa yang telah dipelajari  tadi. Contoh soalan :
a)      Sebutkan nama binatang  yang telah kamu pelajari tadi.
2.      Murid diperdengarkan lagu “ Bunyi Binatang” dan murid menyanyi bersama-sama.
     Lirik lagu
Saya ayam kok kok kok kok koko
Saya itik pak pak pak pak pak
Saya burung pit pit pit pit pit
Kami bunyi kok kok kok kok kok
                    pak pak pak pak pak
                     pit pit pit pit pit
  

AKTIVITI 4 ( 10 MINIT )

  1. Guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan
  2. Setiap kumpulan akan berbincang untuk menyiapkan aktiviti mencantum gambar yang diberikan.
  3. Murid bergilir-gilir menyiapkan tugasan yang diberikan.
  4. Sila kilk
    1. Tugasan 1( gambar monyet )
    2. tugasan 2 ( gambar tenuk )
    3. tugasan 3 ( gambar kerbau )
    4. tugasan 4 ( gambar merak )

Khamis, 9 Jun 2011

AKTIVITI 3( 15 MINIT )

  1. Guru meminta murid-murid melihat beberapa frasa yang dipaparkan di skrin.

2. Guru meminta murid-murid membaca  frasa tersebut.
 
3. Guru membahagi murid-murid kepada  3 kumpulan.
4. Guru memanggil wakil setiap kumpulan untuk memadankan perkataan dengan gambar dengan cara klik padanan


Isnin, 30 Mei 2011

Aktiviti 2 ( 15 minit )

Murid dikehendaki melengkapkan sukukata awal berdasarkan gambar dengan menekan huruf pada papan kekunci

Sila Klik Soalan

Aktiviti 1

  1. Guru menunjukkan gambar binatang( monyet, tenuk, kerbau, penyu,sotong,orang utan dan merak) kepada kanak-kanak  melalui gambar yang terpapar dalam blog.
     a. Monyet

b. Tenuk
c. Kerbau


d. Penyu


e. Sotong


f. Orang Utan


g. Merak


2. Guru menunjukkan perkataan binatang (monyet, tenuk, kerbau, sotong, orang utan dan merak) 
     melalui perkataan yang ada pada blog.
3. Guru membunyikan perkataan yang mengandungi  huruf ‘e’ pepet, ‘e’ taling dan ‘o’ pada suku
    kata.
4. Murid diminta menyebut perkataan tersebut secara individu dan beramai-ramai.