RANCANGAN PENGAJARAN
Bilangan pelajar : 35 orang
Masa : 60 minit
Tema : Alam Haiwan
Kandungan Pelajaran
1.0 Membaca dan memahami perkataan
2.0 Membina dan menulis perkataan
3.0 Membaca dan memahami frasa
Hasil Pembelajaran
1.12 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi ‘e’ taling, ‘e’ pepet dan ‘o’
2.12 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi ‘e’ taling, ‘e’ pepet dan ‘o’
3.4 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi ‘e’ taling, ‘e’ pepet dan ‘o’
Set Induksi (5 minit)
- Guru menunjukkan ‘slideshow’ (gambar suasana di zoo) kepada murid-murid.
- Guru bersoaljawab dengan kanak-kanak secara individu dan beramai-ramai.
a) Apakah nama tempat ini ?
b) Pernahkah kamu ke sini ?
c) Apakah yang murid-murid dapat lihat di tempat ini?
Aktiviti 1 (10 minit)
- Guru menunjukkan gambar binatang( monyet, tenuk, kerbau, penyu,sotong,orang utan dan merak) kepada kanak-kanak melalui gambar yang terpapar dalam blog.
- Guru menunjukkan perkataan binatang (monyet, tenuk, kerbau, sotong, orang utan dan merak) melalui perkataan yang ada pada blog.
- Guru membunyikan perkataan yang mengandungi huruf ‘e’ pepet, ‘e’ taling dan ‘o’ pada suku kata.
- Murid diminta menyebut perkataan tersebut secara individu dan beramai-ramai.
Aktiviti 2 (15 minit)
- Murid dikehendaki melengkapkan sukukata awal berdasarkan gambar dengan menekan huruf pada papan kekunci . Contoh
_ _ t o n g
_ _ n u k
_ r a n g _ t a n g
_ _ r a k Aktiviti 3 (15 minit)
- Guru meminta murid-murid melihat beberapa frasa yang dipaparkan di skrin.
- Guru meminta murid-murid membaca frasa tersebut.
penyu besar beruang hitam monyet berang orang utan berbulu
- Guru membahagi murid-murid kepada 3 kumpulan.
- Guru memanggil wakil setiap kumpulan untuk memadankan gambar dengan cara klik di papan kekunci, contohnya :
Monyet besar
Penyu besar
Aktiviti 4 (10 minit)
- Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan untuk aktivti mencantum gambar.
- Setiap kumpulan akan berbincang untuk menyiapkan aktiviti mencantumkan gambar.
- Murid bergilir-gilir menyiapkan tugasan yang diberikan
Penutup (5 minit)
1. Guru bersoal jawab dengan murid secara rawak tenta
ng apa yang telah dipelajari tadi. Contoh soalan :
ng apa yang telah dipelajari tadi. Contoh soalan :
a) Sebutkan nama binatang yang telah kamu pelajari tadi.
2. Murid diperdengarkan lagu “ Bunyi Binatang” dan murid menyanyi bersama-sama.
Lirik lagu
Saya ayam kok kok kok kok kok
Saya itik pak pak pak pak pak
Saya burung pit pit pit pit pit
Kami bunyi kok kok kok kok kok
pak pak pak pak pak
pit pit pit pit pit
Saya itik pak pak pak pak pak
Saya burung pit pit pit pit pit
Kami bunyi kok kok kok kok kok
pak pak pak pak pak
pit pit pit pit pit




Tiada ulasan:
Catat Ulasan